Tuesday, October 1, 2013

bila pengorbanan diperlukan

pengorbanan yang kecil akan menjadi satu pengorbanan yang besar buat mereka yang sentiasa mengingati Allah swt... betul x??? asam garam kehidupan malah ia suatu lumrah kehidupan apabila manusia yang dh berumah tangga pasti ada salah faham dan pengorbanan yang perlu dibuat bagi memuaskan hati pasangan mereka... am i right??? aku???? aku xde la bergaduh.. bukan nk menceritakan masalah aku dengan sisuami tetapi aku rasa apa yang aku korbankan pasti mendapat ganjaran dari Allah swt. mungkin ini pengorbanan aku buat dia tp mungkin satu hari nanti pengorbanan yang lebih besar dibuat oleh si dia untuk aku...  itu semua hanya Allah yang tahu..kita mampu mendoakan yang terbaik buat diri sendiri.. mama..papa..kakak minta maaf...tahun ini kakak x balik raya haji ye ma, pa.... nextyear raya puasa InsyaAllah dpt beraya kat sana... so doa2kan kami dpt cuti lama..blh husna main lama2 dgn tok ki n tok ma...hehehhe.. mungkin dulu aku rasa terkilan juga kot kalau x balik...hahahha..kalau boleh nk muncung aje...hahahahaa...but now... perlu kah?? tp sejak dh jd ibu aku sedar, bila aku pk hal2 balik kampung hal2 parents  kan... aku tergambar wajah2 mama n papa bila mereka suh balik tp terlalu banyak alasan dan kerja yang perlu dibuat sewaktu muda mudi dulu...mmg sedih kan... dan sekarang aku dpt rasakan kesedihan itu...jika anak aku buat mcm tu...hmmmm...lg bertambah sedih kot....semoga aku sentiasa menjadi seorang yang tabah dan sabar dlm mengharungi kehidupan yang penuh onak duri ini...korang semua pon sabar lah ek..jgn gaduh2 tau.... senyum sokmo...

Wednesday, July 17, 2013

ramadhan ya ramadhan

cepatnya masa berlalu.. tup..tup.. dh masuk ari ke 8 ramadhan dh...ish..ishhh..ishhh... terawih baru skali p... tu pon mintak encik suami cuti terawih jaga anak kat umah.. ye lah kan..kalau x buat gitu xmerasa lah terawihnya... insyaAllah kalau tiada aral melintang malam ni giliran aku p terawih lagi...hehehhe... baju raya belum siap lagi.. wat sikit2 sambil main and melayan si kecik katakan...hahaha..tikam leher pon xsiap2 lagi baju anak aku ni..haih..lembab betul menjahitnya..hahaha..biasa lah kan baru nk blajar nk biasakan diri dgn mesin jahit tu...ahahahaa...InsyaAllah ada rezeki lebih nk beli kain n then jual baju siap... korang nk beli x???? hahhaaha... InsyaAllah aku jahit cantik-cantik punya..
 
bila tiba je ramadhan semua orang sibuk untuk beribadat menjalankan solat terawih..tp budak-budak kat kuala perlis ni duk dum dam dum dam... main mercun... yang aku geram and sakit hatinya main kat tepi umah aku... dah la si kecik nk tido asyik terkejut jek.. mau aku nepon pak polis untuk tangkap dieorg tu semua... xpadan dengan jantina perempuan..pakai suar pendek x pakai tudung nya duk main mercun kat umah kami...
 
cuba korang bayangkan sekiranya mercun tu tersalah melompat kat umah kami atau jiran-jiran kami dan akhirnya berlaku kebakaran kan susah... dieorg tu x susah...kalau jadi konfirm lari punyer... kami yang duk kat umah ni susah... nk melarikan diri ngan barang2 berharga anak lagi... ni dikatakan budak  tak dak akal... pikirannya sangat cetek... pegi sekolah tido x dengar cikgu cakap pastu duk perabih duit mak bapak beli mercun.. patutnya duit tu blh beli nasi ngn kuih muih akhirnya dibazirkan pada benda yang x memberi manfaat tu..tp mmg aku geram.. kalau main mercun lagi mmg aku suh polis dtg la jwbnya.. mengganggu ketenteraman awam jek...

Thursday, June 13, 2013

Ramadhan bakal kembali...yeay!

assalamualaikum...hai reader's yang selalu baca blog ira... terima kasih sangat2..dah lama x menaip ni... malah tak sempat nk update apa2 kat blog.. blog ira pun macam tunggang langgang sekarang macam kena serang tornado jek... sori la.. lom sempat nk susun atur.. tgh2 susun atur selalu jek hang la tersekat la...internet jd slow... hehehe... tp InsyaAllah wajah blog ni bakal ceria kembali seperti biasa...

ye nk bagi tau korang semua Ramadhan bakal tiba dan kembali menguji kesabaran kita... sebagai hamba Allah swt korang semua dah ganti puasa-puasa yng korng tinggal...cepat2 tau ganti..sekarang pun dh masuk Sya'aban... xlama lagi dh nak hbs.. ira dh tak banyk dh.. ada beberapa hari lagi nk habiskn puasa yg ditinggalkan masa pntang aritu... mesti sekarang ni semua org pon sibuk mencari baju raya..i mean kain utk dibuat baju raya dan tgh cari2 tukang jahitnya... hmmm... ira pun sama tp Alhamdulillah sbb tahun ni ira berusaha menjahit sendiri baju raya..ni pun cuba sedikit demi sedikit.. semoga membuahkan hasil yang memberangsangkan... xde la bju senget ke apa kan.. hahahaa..tp ira harap..dikesibukan kita duk pk pasal baju raya kita x lupa tentang ramadhan yang memberi rahmat yang banyk buat kita..tahun lepas ira xsempat nk solat tarawih pun.. jd tahun ni mengharapkan ira dapat berusaha dengan gigih utk bertarawih...kalau kena bawak anak ngn playpan..angkut je la...sekurang-kurangnya kita dpt buat apa yg mampu dr x buat langsung kan... ira harap pun kawan2 mcm tu gak.. semoga kita mencari bnyk pahala bulan puasa nanti.. jom berlumba-lumba cari pahal ok!!!!!

Monday, April 1, 2013

dunia buat bidadari

Didalam kita mengejar ilmu dunia dan kesenangan didunia, kita tak sedar macam-macam yang berlaku dalam kehidupan kita. Dulu tak pernah terfikir untuk aku menjadi seorang isteri yang bergelar bidadari di syurga kelak... tahu pun nak kawen aje...hahaha...tp sekarang tak lagi...
 
Duniaku sebagai sang isteri membawa aku berlari mengejar keredhaan Allah swt. Di setiap apa yang aku lakukan,inginkan mahupun fikirkan aku mengharapkan aku menjadi seorang isteri yang mampu membawa aku ke syurga agar aku menjadi ketua bidadari buat suami ku kelak. aku yakin semua wanita diluar sana begitu juga, menginginkan yang terbaik buat diri serta suami bahkan anak-anak jua. sekadar untuk berkongsi...mencari maklumat akhirnya aku terjumpa maklumat ini... terkedu seketika kerana baru aku tahu ada peringkat isteri... dan aku tergolong didalam golongan...hmmm hanya Allah je yang tahu...( maklumat daripada link ni... http://halaqah.net/v10/index.php?topic=19143.0  boleh la pada sesiapa nk baca lbh lanjut ok)
 
Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah:
Isteri Siddiqin ;

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.


Isteri Muqarrobin ;

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.


Isteri Solehin ;

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.


Isteri Fasik ;

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah,sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.


Model Muslimah Sejati Menurut perspektif Islam ;wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud:
"Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah."(Riwayat Muslim)


Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global. Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.


Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

jadi sebagai perkonsian ilmu ni, marilah kita sama-sama menjadi wanita yang menurut acuan islam yang memberi kebahagian buat suami dan anak-anak serta menjadi hamba yang taat pada suruhan dan laranganNya. nak jadi bidadari x???

Monday, March 25, 2013

rakyat malaysia masih miskin

rakyat malaysia masih miskin... mengapa aku berkata begitu...apa tak nya... pakaian singkat sana singkat sini, dedah sana dedah sini, malah kain tudung pun pakai saiz anak-anak punya. tak salah untuk kitasemua berfesyen asalkan fesyen kita mengikut panduan agama kita islam. ni bukan aku nk kata kat non muslim tp untuk muslim. aku pon bukan baik tp aku nk jadi baik dan ingin bertambah baik dengan membantu mengingatkan mereka yang lupa tentang cara berpakaian. berfesyen lah sampai nk tebal mana pun lapisan kain. tp asalkan tidak nmpak susuk tubuh badan dan tak nampak yang dalam tu. ni pakai baju dh elok dh sekali nipisnye kain sampai batang peha betis semua lah nampak. aku yng pompuan pon geli nk tengok apatah lelaki. bagaimana kita nk hapuskan kejadian rogol sedangkan kita sememangnya menayangkan apa yang kita ada untuk tatapan manusia sekeliling malah freeeeeee of cas je bagi kat smua. ini yang aku katakan miskin. miskin dengan pakaian yang menutup aurat dengan betul. apasalahnya dapat duit BR1M beli kain baju yang elok. tudung pun kena pilih yang elok jangan pilih saiz kanak-kanak pulak tau... kesian akak tgk. nk tolong pun akak tak mampu sbb tak kerja kan..apa yang mampu tolong ingatkan je lah.. kalau kain nipis pakailah dua lapis baru lah x nmpak.. pastu xpayahlah nk belah-belah...xcantik mana pun... ingat penampilan kita membantu membawa kita ke syurga.... asalkan tidak buat dosa besar dan bertaubat untuk setiap dosa yang telah kita lakukan insyaAllah impian kita untuk ke syurga ada sinarannya kan... kita blh lakukannya. aku pun juga sentiasa memperbaiki diri jadi jom sama-sama memperbaiki cara berpakaian kita ok.

two is better than one

adsense