Monday, March 25, 2013

rakyat malaysia masih miskin

rakyat malaysia masih miskin... mengapa aku berkata begitu...apa tak nya... pakaian singkat sana singkat sini, dedah sana dedah sini, malah kain tudung pun pakai saiz anak-anak punya. tak salah untuk kitasemua berfesyen asalkan fesyen kita mengikut panduan agama kita islam. ni bukan aku nk kata kat non muslim tp untuk muslim. aku pon bukan baik tp aku nk jadi baik dan ingin bertambah baik dengan membantu mengingatkan mereka yang lupa tentang cara berpakaian. berfesyen lah sampai nk tebal mana pun lapisan kain. tp asalkan tidak nmpak susuk tubuh badan dan tak nampak yang dalam tu. ni pakai baju dh elok dh sekali nipisnye kain sampai batang peha betis semua lah nampak. aku yng pompuan pon geli nk tengok apatah lelaki. bagaimana kita nk hapuskan kejadian rogol sedangkan kita sememangnya menayangkan apa yang kita ada untuk tatapan manusia sekeliling malah freeeeeee of cas je bagi kat smua. ini yang aku katakan miskin. miskin dengan pakaian yang menutup aurat dengan betul. apasalahnya dapat duit BR1M beli kain baju yang elok. tudung pun kena pilih yang elok jangan pilih saiz kanak-kanak pulak tau... kesian akak tgk. nk tolong pun akak tak mampu sbb tak kerja kan..apa yang mampu tolong ingatkan je lah.. kalau kain nipis pakailah dua lapis baru lah x nmpak.. pastu xpayahlah nk belah-belah...xcantik mana pun... ingat penampilan kita membantu membawa kita ke syurga.... asalkan tidak buat dosa besar dan bertaubat untuk setiap dosa yang telah kita lakukan insyaAllah impian kita untuk ke syurga ada sinarannya kan... kita blh lakukannya. aku pun juga sentiasa memperbaiki diri jadi jom sama-sama memperbaiki cara berpakaian kita ok.

hanya mengingatkan


''Manusia mudah lupa'', satu ungkapan yang sering terungkap bilamana kita berada didalam kesusahan hidup. Melupai setiap nikmat yang Allah berikan tatkala kita kaya dan gembira dan kembali mengingatiNya tatkala kita mula susah dan buntu mencari jalan keluar. Sememangnya Allah meminta kita mengingati Dia, tp bukan tatkala susah sahaja, tapi juga sewaktu kita senang dan bahagia. Namun, terlalu ramai yang alpa, sehingga lupa pada pencipta yang maha esa. apa yang harus kita semua lakukan agar kita tidak lupa.? jawapannya sungguh mudah sebenarnya dan ISLAM ITU MUDAH memang ungkapan yang tepat buat agama kita yang satu agama yang Allah swt juga cintai.

Aku bukanlah seorang manusia yang sempurna yang hanya pandai mengata dan mencari keburukan orang lain, tetapi aku ingin berkongsi agar setiap insan disekeliling aku menjadi insan yang lebih baik dan tinggalkan setiap perkara buruk yang dah dibuat. Aku juga banyak membuat dosa dan kini aku hanya mengharapkan pengampunan dari Nya dengan setiap taubatku, dan begitu juga buat mereka diluar sana yang mungkin ada terbaca coretan ini. Aku harap adik-adik yang kat luar sana terutama perempuan, sekurang-kurangnya dapat memakai pakaian yang memenuhi syarat islam menutupi aurat. Mungkin adik-adik tidak sedar dosa-dosa adik itu ditanggung juga oleh ayah adik. Mahukah kita melihat ayah kita didalam neraka dibakar dengan api yang panas dimana kita sendiri pun tak mampu untuk menghadapinya. bilamana memakai tudung jangan terlalu singkat sehingga menampakkan bentuk buah gantung yang ada. jangan pula pakai baju ketat-ketat dan singkat bilamana keluar rumah, pakai tudung dah cantik nampak pulak buah gantung dengan lengan. pastu nmpak pulak labu kat bawah yang besar tu.. xmanis langsung malah menggelikan kadang-kadang ada juga yang pakai tudung baju nya baju kurung moden tp kain nye belah samapi ke peha ya Allah takutnya kalau peha yg cantik tu kena bakar dek api neraka(tak terfikirkah kita jika hukuman Allah diberi pd waktu itu juga). sedangkan semua tu untuk suami kita sahaja.
pakai tudung tutup dengan betul, kadang-kadang ada yng pakai tudung nipis tp x pakai scarf kat dalam sampai nmpak rambut tu.. pakaian malambangkan keperibadian.. jadi jagalah diri wahai adik-adik, akak yang ada anak kecik ni pun dah mula berasa bimbang dan takut jika semua perkara yang akak tak nak berlaku berlaku pada anak akak. moga-moga Allah swt teguhkan iman akak dan suami dan memberi kami jalan yang terang untuk kami mendidik anak kami dengan betul. maaf jika akak buatadik-adik tersinggung tp fikir-fikirkan lah.. dosa kita bukan kita sahaja yang tanggung tp ayah kita dan suami kita. jika ayah kita dah tiada ingatlah dia bahawa dia sedang diseksa akibat perbuatan kita. tinggalkan dosa tingkatkan pahala... moga hidup kita akan lebih sejahtera.

two is better than one

adsense