Monday, March 25, 2013

hanya mengingatkan


''Manusia mudah lupa'', satu ungkapan yang sering terungkap bilamana kita berada didalam kesusahan hidup. Melupai setiap nikmat yang Allah berikan tatkala kita kaya dan gembira dan kembali mengingatiNya tatkala kita mula susah dan buntu mencari jalan keluar. Sememangnya Allah meminta kita mengingati Dia, tp bukan tatkala susah sahaja, tapi juga sewaktu kita senang dan bahagia. Namun, terlalu ramai yang alpa, sehingga lupa pada pencipta yang maha esa. apa yang harus kita semua lakukan agar kita tidak lupa.? jawapannya sungguh mudah sebenarnya dan ISLAM ITU MUDAH memang ungkapan yang tepat buat agama kita yang satu agama yang Allah swt juga cintai.

Aku bukanlah seorang manusia yang sempurna yang hanya pandai mengata dan mencari keburukan orang lain, tetapi aku ingin berkongsi agar setiap insan disekeliling aku menjadi insan yang lebih baik dan tinggalkan setiap perkara buruk yang dah dibuat. Aku juga banyak membuat dosa dan kini aku hanya mengharapkan pengampunan dari Nya dengan setiap taubatku, dan begitu juga buat mereka diluar sana yang mungkin ada terbaca coretan ini. Aku harap adik-adik yang kat luar sana terutama perempuan, sekurang-kurangnya dapat memakai pakaian yang memenuhi syarat islam menutupi aurat. Mungkin adik-adik tidak sedar dosa-dosa adik itu ditanggung juga oleh ayah adik. Mahukah kita melihat ayah kita didalam neraka dibakar dengan api yang panas dimana kita sendiri pun tak mampu untuk menghadapinya. bilamana memakai tudung jangan terlalu singkat sehingga menampakkan bentuk buah gantung yang ada. jangan pula pakai baju ketat-ketat dan singkat bilamana keluar rumah, pakai tudung dah cantik nampak pulak buah gantung dengan lengan. pastu nmpak pulak labu kat bawah yang besar tu.. xmanis langsung malah menggelikan kadang-kadang ada juga yang pakai tudung baju nya baju kurung moden tp kain nye belah samapi ke peha ya Allah takutnya kalau peha yg cantik tu kena bakar dek api neraka(tak terfikirkah kita jika hukuman Allah diberi pd waktu itu juga). sedangkan semua tu untuk suami kita sahaja.
pakai tudung tutup dengan betul, kadang-kadang ada yng pakai tudung nipis tp x pakai scarf kat dalam sampai nmpak rambut tu.. pakaian malambangkan keperibadian.. jadi jagalah diri wahai adik-adik, akak yang ada anak kecik ni pun dah mula berasa bimbang dan takut jika semua perkara yang akak tak nak berlaku berlaku pada anak akak. moga-moga Allah swt teguhkan iman akak dan suami dan memberi kami jalan yang terang untuk kami mendidik anak kami dengan betul. maaf jika akak buatadik-adik tersinggung tp fikir-fikirkan lah.. dosa kita bukan kita sahaja yang tanggung tp ayah kita dan suami kita. jika ayah kita dah tiada ingatlah dia bahawa dia sedang diseksa akibat perbuatan kita. tinggalkan dosa tingkatkan pahala... moga hidup kita akan lebih sejahtera.

No comments:

two is better than one

adsense