Monday, April 1, 2013

dunia buat bidadari

Didalam kita mengejar ilmu dunia dan kesenangan didunia, kita tak sedar macam-macam yang berlaku dalam kehidupan kita. Dulu tak pernah terfikir untuk aku menjadi seorang isteri yang bergelar bidadari di syurga kelak... tahu pun nak kawen aje...hahaha...tp sekarang tak lagi...
 
Duniaku sebagai sang isteri membawa aku berlari mengejar keredhaan Allah swt. Di setiap apa yang aku lakukan,inginkan mahupun fikirkan aku mengharapkan aku menjadi seorang isteri yang mampu membawa aku ke syurga agar aku menjadi ketua bidadari buat suami ku kelak. aku yakin semua wanita diluar sana begitu juga, menginginkan yang terbaik buat diri serta suami bahkan anak-anak jua. sekadar untuk berkongsi...mencari maklumat akhirnya aku terjumpa maklumat ini... terkedu seketika kerana baru aku tahu ada peringkat isteri... dan aku tergolong didalam golongan...hmmm hanya Allah je yang tahu...( maklumat daripada link ni... http://halaqah.net/v10/index.php?topic=19143.0  boleh la pada sesiapa nk baca lbh lanjut ok)
 
Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah:
Isteri Siddiqin ;

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.


Isteri Muqarrobin ;

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.


Isteri Solehin ;

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.


Isteri Fasik ;

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah,sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.


Model Muslimah Sejati Menurut perspektif Islam ;wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud:
"Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah."(Riwayat Muslim)


Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global. Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.


Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

jadi sebagai perkonsian ilmu ni, marilah kita sama-sama menjadi wanita yang menurut acuan islam yang memberi kebahagian buat suami dan anak-anak serta menjadi hamba yang taat pada suruhan dan laranganNya. nak jadi bidadari x???

No comments:

get a song here now

two is better than one

adsense

Health Tip of The Day