Thursday, June 13, 2013

Ramadhan bakal kembali...yeay!

assalamualaikum...hai reader's yang selalu baca blog ira... terima kasih sangat2..dah lama x menaip ni... malah tak sempat nk update apa2 kat blog.. blog ira pun macam tunggang langgang sekarang macam kena serang tornado jek... sori la.. lom sempat nk susun atur.. tgh2 susun atur selalu jek hang la tersekat la...internet jd slow... hehehe... tp InsyaAllah wajah blog ni bakal ceria kembali seperti biasa...

ye nk bagi tau korang semua Ramadhan bakal tiba dan kembali menguji kesabaran kita... sebagai hamba Allah swt korang semua dah ganti puasa-puasa yng korng tinggal...cepat2 tau ganti..sekarang pun dh masuk Sya'aban... xlama lagi dh nak hbs.. ira dh tak banyk dh.. ada beberapa hari lagi nk habiskn puasa yg ditinggalkan masa pntang aritu... mesti sekarang ni semua org pon sibuk mencari baju raya..i mean kain utk dibuat baju raya dan tgh cari2 tukang jahitnya... hmmm... ira pun sama tp Alhamdulillah sbb tahun ni ira berusaha menjahit sendiri baju raya..ni pun cuba sedikit demi sedikit.. semoga membuahkan hasil yang memberangsangkan... xde la bju senget ke apa kan.. hahahaa..tp ira harap..dikesibukan kita duk pk pasal baju raya kita x lupa tentang ramadhan yang memberi rahmat yang banyk buat kita..tahun lepas ira xsempat nk solat tarawih pun.. jd tahun ni mengharapkan ira dapat berusaha dengan gigih utk bertarawih...kalau kena bawak anak ngn playpan..angkut je la...sekurang-kurangnya kita dpt buat apa yg mampu dr x buat langsung kan... ira harap pun kawan2 mcm tu gak.. semoga kita mencari bnyk pahala bulan puasa nanti.. jom berlumba-lumba cari pahal ok!!!!!

Monday, April 1, 2013

dunia buat bidadari

Didalam kita mengejar ilmu dunia dan kesenangan didunia, kita tak sedar macam-macam yang berlaku dalam kehidupan kita. Dulu tak pernah terfikir untuk aku menjadi seorang isteri yang bergelar bidadari di syurga kelak... tahu pun nak kawen aje...hahaha...tp sekarang tak lagi...
 
Duniaku sebagai sang isteri membawa aku berlari mengejar keredhaan Allah swt. Di setiap apa yang aku lakukan,inginkan mahupun fikirkan aku mengharapkan aku menjadi seorang isteri yang mampu membawa aku ke syurga agar aku menjadi ketua bidadari buat suami ku kelak. aku yakin semua wanita diluar sana begitu juga, menginginkan yang terbaik buat diri serta suami bahkan anak-anak jua. sekadar untuk berkongsi...mencari maklumat akhirnya aku terjumpa maklumat ini... terkedu seketika kerana baru aku tahu ada peringkat isteri... dan aku tergolong didalam golongan...hmmm hanya Allah je yang tahu...( maklumat daripada link ni... http://halaqah.net/v10/index.php?topic=19143.0  boleh la pada sesiapa nk baca lbh lanjut ok)
 
Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah:
Isteri Siddiqin ;

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.


Isteri Muqarrobin ;

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.


Isteri Solehin ;

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.


Isteri Fasik ;

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah,sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.


Model Muslimah Sejati Menurut perspektif Islam ;wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud:
"Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah."(Riwayat Muslim)


Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global. Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.


Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

jadi sebagai perkonsian ilmu ni, marilah kita sama-sama menjadi wanita yang menurut acuan islam yang memberi kebahagian buat suami dan anak-anak serta menjadi hamba yang taat pada suruhan dan laranganNya. nak jadi bidadari x???

Monday, March 25, 2013

rakyat malaysia masih miskin

rakyat malaysia masih miskin... mengapa aku berkata begitu...apa tak nya... pakaian singkat sana singkat sini, dedah sana dedah sini, malah kain tudung pun pakai saiz anak-anak punya. tak salah untuk kitasemua berfesyen asalkan fesyen kita mengikut panduan agama kita islam. ni bukan aku nk kata kat non muslim tp untuk muslim. aku pon bukan baik tp aku nk jadi baik dan ingin bertambah baik dengan membantu mengingatkan mereka yang lupa tentang cara berpakaian. berfesyen lah sampai nk tebal mana pun lapisan kain. tp asalkan tidak nmpak susuk tubuh badan dan tak nampak yang dalam tu. ni pakai baju dh elok dh sekali nipisnye kain sampai batang peha betis semua lah nampak. aku yng pompuan pon geli nk tengok apatah lelaki. bagaimana kita nk hapuskan kejadian rogol sedangkan kita sememangnya menayangkan apa yang kita ada untuk tatapan manusia sekeliling malah freeeeeee of cas je bagi kat smua. ini yang aku katakan miskin. miskin dengan pakaian yang menutup aurat dengan betul. apasalahnya dapat duit BR1M beli kain baju yang elok. tudung pun kena pilih yang elok jangan pilih saiz kanak-kanak pulak tau... kesian akak tgk. nk tolong pun akak tak mampu sbb tak kerja kan..apa yang mampu tolong ingatkan je lah.. kalau kain nipis pakailah dua lapis baru lah x nmpak.. pastu xpayahlah nk belah-belah...xcantik mana pun... ingat penampilan kita membantu membawa kita ke syurga.... asalkan tidak buat dosa besar dan bertaubat untuk setiap dosa yang telah kita lakukan insyaAllah impian kita untuk ke syurga ada sinarannya kan... kita blh lakukannya. aku pun juga sentiasa memperbaiki diri jadi jom sama-sama memperbaiki cara berpakaian kita ok.

hanya mengingatkan


''Manusia mudah lupa'', satu ungkapan yang sering terungkap bilamana kita berada didalam kesusahan hidup. Melupai setiap nikmat yang Allah berikan tatkala kita kaya dan gembira dan kembali mengingatiNya tatkala kita mula susah dan buntu mencari jalan keluar. Sememangnya Allah meminta kita mengingati Dia, tp bukan tatkala susah sahaja, tapi juga sewaktu kita senang dan bahagia. Namun, terlalu ramai yang alpa, sehingga lupa pada pencipta yang maha esa. apa yang harus kita semua lakukan agar kita tidak lupa.? jawapannya sungguh mudah sebenarnya dan ISLAM ITU MUDAH memang ungkapan yang tepat buat agama kita yang satu agama yang Allah swt juga cintai.

Aku bukanlah seorang manusia yang sempurna yang hanya pandai mengata dan mencari keburukan orang lain, tetapi aku ingin berkongsi agar setiap insan disekeliling aku menjadi insan yang lebih baik dan tinggalkan setiap perkara buruk yang dah dibuat. Aku juga banyak membuat dosa dan kini aku hanya mengharapkan pengampunan dari Nya dengan setiap taubatku, dan begitu juga buat mereka diluar sana yang mungkin ada terbaca coretan ini. Aku harap adik-adik yang kat luar sana terutama perempuan, sekurang-kurangnya dapat memakai pakaian yang memenuhi syarat islam menutupi aurat. Mungkin adik-adik tidak sedar dosa-dosa adik itu ditanggung juga oleh ayah adik. Mahukah kita melihat ayah kita didalam neraka dibakar dengan api yang panas dimana kita sendiri pun tak mampu untuk menghadapinya. bilamana memakai tudung jangan terlalu singkat sehingga menampakkan bentuk buah gantung yang ada. jangan pula pakai baju ketat-ketat dan singkat bilamana keluar rumah, pakai tudung dah cantik nampak pulak buah gantung dengan lengan. pastu nmpak pulak labu kat bawah yang besar tu.. xmanis langsung malah menggelikan kadang-kadang ada juga yang pakai tudung baju nya baju kurung moden tp kain nye belah samapi ke peha ya Allah takutnya kalau peha yg cantik tu kena bakar dek api neraka(tak terfikirkah kita jika hukuman Allah diberi pd waktu itu juga). sedangkan semua tu untuk suami kita sahaja.
pakai tudung tutup dengan betul, kadang-kadang ada yng pakai tudung nipis tp x pakai scarf kat dalam sampai nmpak rambut tu.. pakaian malambangkan keperibadian.. jadi jagalah diri wahai adik-adik, akak yang ada anak kecik ni pun dah mula berasa bimbang dan takut jika semua perkara yang akak tak nak berlaku berlaku pada anak akak. moga-moga Allah swt teguhkan iman akak dan suami dan memberi kami jalan yang terang untuk kami mendidik anak kami dengan betul. maaf jika akak buatadik-adik tersinggung tp fikir-fikirkan lah.. dosa kita bukan kita sahaja yang tanggung tp ayah kita dan suami kita. jika ayah kita dah tiada ingatlah dia bahawa dia sedang diseksa akibat perbuatan kita. tinggalkan dosa tingkatkan pahala... moga hidup kita akan lebih sejahtera.

Monday, February 25, 2013

anak ini anugerah Allah

hari ni tinggal kami berdua dirumah... si suami ada lawatan kerja 2 hari kat perak... sunyi pulak... sikecil dh tido.. kalau x waktu-waktu macam ni husna mesti ajak mama main n then nk teman mama masak je... harap2 bila dh besar die jadi anak yang rajinkan... InsyaAllah...

pejam celik-pejam celik dh nk masuk suku tahun 2013... puasa pon belum hbs berganti... terlalu bnyak yang perlu aku lakukan untuk diri aku, suami aku, anak aku... dan juga family aku... sekejap je rasanya syeikhatul husna dh masuk 7bulan... rasanya seperti baru je melahirkan die... rasa sakit tu mcm belum hilang lagi dari ingatan aku ni...mmg seronokrupanya menjadi ibu..nikmat yg Allah bg tu x ternilai..malah ia sememangnya amanah yang Allah berikan untuk kita bentuk supaya menjadi insan yang berguna buat agama kita islam... syeikhatul husna bermaksud pemimpin agama wanita yang baik @ ketua agama wanita yang baik... itu impian aku buat anak ini...aku berharap anak ini bakal jd seorng pemimpin yang baik dan mengikut landasan islam yang benar... semoga husna blh membentuk dirinya dan orng disekelilingnya agar sentiasa mentaati Allah... pastinya semua ibu-ibu diluar sana mengharapkan yang sama seperti aku..memberi nama dengan penuh makna.. bukan nk membangga diri tp aku harap pabila anak aku dh besar dan dia terbaca blog ni dia akan faham kenapa dinamakan syeikhatul husna..

syukur Alhamdulillah... husna semakin hari semakin membesar dengan sihat.. sekarang dh pandai merangkak dan duduk... gigi pon dh ada 2 batang w/pun xhbs tumbuh tp tajam sungguh gigi dia... sakit betul kena gigit... anak ini anugerah Allah yang tiada bandingannya.. mama x boleh nak cari ganti kat mana2 kedai... husna istimewa buat mama papa... jadi anak yang baik dan solehah ok... mama papa sentiasa doakan buat anak mama papa ni...

kadang-kadang mama tertanya juga, boleh kah mama jadi ibu yang baik buat anak mama ni..nk jaga amanah Allah untuk dibentuk menjadi insan solehah... bila fikirkan semua tu betapa beratnya tanggungjawab papa husna dan mama untuk membesarkan insan kecil ni.. insyaAllah sayang kami akan berusaha untuk membentuk husna menjadi anak yang baik.. dulu tak pernah terfikir pon... bila dh jd ibu ni semua tu dtg dgn sendirinya... si suami menggalas tanggungjawab yang besar. dosa isteri, dosa anak... ya Allah... permudahkanlah segalanya untuk kami... semoga kami dapat memberikan ilmu sepenuhnya buat anak kami...dan ampunkanlah dosa-dosa kami...

two is better than one

adsense