Tuesday, October 1, 2013

bila pengorbanan diperlukan

pengorbanan yang kecil akan menjadi satu pengorbanan yang besar buat mereka yang sentiasa mengingati Allah swt... betul x??? asam garam kehidupan malah ia suatu lumrah kehidupan apabila manusia yang dh berumah tangga pasti ada salah faham dan pengorbanan yang perlu dibuat bagi memuaskan hati pasangan mereka... am i right??? aku???? aku xde la bergaduh.. bukan nk menceritakan masalah aku dengan sisuami tetapi aku rasa apa yang aku korbankan pasti mendapat ganjaran dari Allah swt. mungkin ini pengorbanan aku buat dia tp mungkin satu hari nanti pengorbanan yang lebih besar dibuat oleh si dia untuk aku...  itu semua hanya Allah yang tahu..kita mampu mendoakan yang terbaik buat diri sendiri.. mama..papa..kakak minta maaf...tahun ini kakak x balik raya haji ye ma, pa.... nextyear raya puasa InsyaAllah dpt beraya kat sana... so doa2kan kami dpt cuti lama..blh husna main lama2 dgn tok ki n tok ma...hehehhe.. mungkin dulu aku rasa terkilan juga kot kalau x balik...hahahha..kalau boleh nk muncung aje...hahahahaa...but now... perlu kah?? tp sejak dh jd ibu aku sedar, bila aku pk hal2 balik kampung hal2 parents  kan... aku tergambar wajah2 mama n papa bila mereka suh balik tp terlalu banyak alasan dan kerja yang perlu dibuat sewaktu muda mudi dulu...mmg sedih kan... dan sekarang aku dpt rasakan kesedihan itu...jika anak aku buat mcm tu...hmmmm...lg bertambah sedih kot....semoga aku sentiasa menjadi seorang yang tabah dan sabar dlm mengharungi kehidupan yang penuh onak duri ini...korang semua pon sabar lah ek..jgn gaduh2 tau.... senyum sokmo...

Wednesday, July 17, 2013

ramadhan ya ramadhan

cepatnya masa berlalu.. tup..tup.. dh masuk ari ke 8 ramadhan dh...ish..ishhh..ishhh... terawih baru skali p... tu pon mintak encik suami cuti terawih jaga anak kat umah.. ye lah kan..kalau x buat gitu xmerasa lah terawihnya... insyaAllah kalau tiada aral melintang malam ni giliran aku p terawih lagi...hehehhe... baju raya belum siap lagi.. wat sikit2 sambil main and melayan si kecik katakan...hahaha..tikam leher pon xsiap2 lagi baju anak aku ni..haih..lembab betul menjahitnya..hahaha..biasa lah kan baru nk blajar nk biasakan diri dgn mesin jahit tu...ahahahaa...InsyaAllah ada rezeki lebih nk beli kain n then jual baju siap... korang nk beli x???? hahhaaha... InsyaAllah aku jahit cantik-cantik punya..
 
bila tiba je ramadhan semua orang sibuk untuk beribadat menjalankan solat terawih..tp budak-budak kat kuala perlis ni duk dum dam dum dam... main mercun... yang aku geram and sakit hatinya main kat tepi umah aku... dah la si kecik nk tido asyik terkejut jek.. mau aku nepon pak polis untuk tangkap dieorg tu semua... xpadan dengan jantina perempuan..pakai suar pendek x pakai tudung nya duk main mercun kat umah kami...
 
cuba korang bayangkan sekiranya mercun tu tersalah melompat kat umah kami atau jiran-jiran kami dan akhirnya berlaku kebakaran kan susah... dieorg tu x susah...kalau jadi konfirm lari punyer... kami yang duk kat umah ni susah... nk melarikan diri ngan barang2 berharga anak lagi... ni dikatakan budak  tak dak akal... pikirannya sangat cetek... pegi sekolah tido x dengar cikgu cakap pastu duk perabih duit mak bapak beli mercun.. patutnya duit tu blh beli nasi ngn kuih muih akhirnya dibazirkan pada benda yang x memberi manfaat tu..tp mmg aku geram.. kalau main mercun lagi mmg aku suh polis dtg la jwbnya.. mengganggu ketenteraman awam jek...

Thursday, June 13, 2013

Ramadhan bakal kembali...yeay!

assalamualaikum...hai reader's yang selalu baca blog ira... terima kasih sangat2..dah lama x menaip ni... malah tak sempat nk update apa2 kat blog.. blog ira pun macam tunggang langgang sekarang macam kena serang tornado jek... sori la.. lom sempat nk susun atur.. tgh2 susun atur selalu jek hang la tersekat la...internet jd slow... hehehe... tp InsyaAllah wajah blog ni bakal ceria kembali seperti biasa...

ye nk bagi tau korang semua Ramadhan bakal tiba dan kembali menguji kesabaran kita... sebagai hamba Allah swt korang semua dah ganti puasa-puasa yng korng tinggal...cepat2 tau ganti..sekarang pun dh masuk Sya'aban... xlama lagi dh nak hbs.. ira dh tak banyk dh.. ada beberapa hari lagi nk habiskn puasa yg ditinggalkan masa pntang aritu... mesti sekarang ni semua org pon sibuk mencari baju raya..i mean kain utk dibuat baju raya dan tgh cari2 tukang jahitnya... hmmm... ira pun sama tp Alhamdulillah sbb tahun ni ira berusaha menjahit sendiri baju raya..ni pun cuba sedikit demi sedikit.. semoga membuahkan hasil yang memberangsangkan... xde la bju senget ke apa kan.. hahahaa..tp ira harap..dikesibukan kita duk pk pasal baju raya kita x lupa tentang ramadhan yang memberi rahmat yang banyk buat kita..tahun lepas ira xsempat nk solat tarawih pun.. jd tahun ni mengharapkan ira dapat berusaha dengan gigih utk bertarawih...kalau kena bawak anak ngn playpan..angkut je la...sekurang-kurangnya kita dpt buat apa yg mampu dr x buat langsung kan... ira harap pun kawan2 mcm tu gak.. semoga kita mencari bnyk pahala bulan puasa nanti.. jom berlumba-lumba cari pahal ok!!!!!

Monday, April 1, 2013

dunia buat bidadari

Didalam kita mengejar ilmu dunia dan kesenangan didunia, kita tak sedar macam-macam yang berlaku dalam kehidupan kita. Dulu tak pernah terfikir untuk aku menjadi seorang isteri yang bergelar bidadari di syurga kelak... tahu pun nak kawen aje...hahaha...tp sekarang tak lagi...
 
Duniaku sebagai sang isteri membawa aku berlari mengejar keredhaan Allah swt. Di setiap apa yang aku lakukan,inginkan mahupun fikirkan aku mengharapkan aku menjadi seorang isteri yang mampu membawa aku ke syurga agar aku menjadi ketua bidadari buat suami ku kelak. aku yakin semua wanita diluar sana begitu juga, menginginkan yang terbaik buat diri serta suami bahkan anak-anak jua. sekadar untuk berkongsi...mencari maklumat akhirnya aku terjumpa maklumat ini... terkedu seketika kerana baru aku tahu ada peringkat isteri... dan aku tergolong didalam golongan...hmmm hanya Allah je yang tahu...( maklumat daripada link ni... http://halaqah.net/v10/index.php?topic=19143.0  boleh la pada sesiapa nk baca lbh lanjut ok)
 
Peringkat-Peringkat Isteri Dalam Memberi Ketaatan dan Meminta Nafkah:
Isteri Siddiqin ;

Isteri yang tidak akan meminta apa-apa dari suaminya sekalipun yang perlu (dharuri). Apa yang disediakan suaminya, dia terima dengan penuh malu dan bersyukur. Kalau ada, adalah. Kalau tidak ada, dia bersabar. Tapi meminta tidak. Apatah lagi yang tidak perlu, kalau diberi pun dia tolak bahkan adakalanya yang perlu pun dia tolak dengan baik, dia lebih suka menolong suaminya. Itulah golongan yang bersifat orang yang Siddiqin. Golongan ini payah hendak dicari terutama di akhir zaman ini, macam hendak mencari belerang merah atau gagak putih. Ini adalah perempuan luar biasa.


Isteri Muqarrobin ;

Isteri yang tidak meminta dari suaminya kecuali yang perlu sahaja. Yang tidak perlu dia tidak akan memintanya bahkan kalau suaminya memberi yang tidak perlu dia tolak dengan baik. Tapi kalau yang diperlukan pun tidak ada, dia tetap sabar. Namun dia tidak akan mendesak suaminya. Dia tetap bersabar dengan keadaan itu. Itulah golongan Muqarrobin. Golongan ini juga susah hendak dicari di zaman kebendaan ini, di zaman orang memburu dunia, di zaman orang memandang dunia adalah segala-galanya.


Isteri Solehin ;

Isteri yang meminta kepada suaminya yang perlu dan juga sekali-sekala meminta juga yang tidak perlu seperti ingin sedikit kehidupan yang selesa sama ada dari segi makan minum, tempat tinggal, kenderaan. Namun kalau suaminya tidak memberi, dia tetap sabar dan tidak pula menjadi masalah. Itulah dia golongan orang yang soleh.


Isteri Fasik ;

Isteri yang selalu sahaja meminta-minta bukan sahaja yang perlu, yang tidak perlu pun dia suka meminta-minta juga. Kalau diberi pun tidak pernah puas-puas, tidak pernah rasa cukup, sudah mewah pun tidak rasa cukup. Kalau tidak diberi menjadi masalah, dia merungut-rungut, marah-marah,sakit hati, merajuk hingga menjadi masalah dalam rumah tangga. Inilah dia golongan yang fasik. Isteri ini selalu sahaja derhaka dengan suami,apatah lagi dengan Tuhan.


Model Muslimah Sejati Menurut perspektif Islam ;wanita adalah pelengkap kepada lelaki, sekali gus memelihara keseimbangan ciptaan Allah s.w.t. Malah Rasulullah s.a.w memartabatkan kaum wanita pada kaca mata Islam sebagai perhiasan dunia yang paling indah dan unik. Ini sebagaimana sabda Baginda bermaksud:
"Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan yang paling indah ialah wanita yang solehah."(Riwayat Muslim)


Hadis ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi kedudukan wanita dalam kehidupan global. Jika ditelusuri dalam lembaran al-Quran, wanita digambarkan dengan tiga fungsi penting.


Pertamanya, wanita dianggap sebagai fitnah dan musuh andainya dia tidak dididik dan diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam.

Keduanya, wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup.

Akhirnya, wanita adalah anugerah Ilahi yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.

jadi sebagai perkonsian ilmu ni, marilah kita sama-sama menjadi wanita yang menurut acuan islam yang memberi kebahagian buat suami dan anak-anak serta menjadi hamba yang taat pada suruhan dan laranganNya. nak jadi bidadari x???

Monday, March 25, 2013

rakyat malaysia masih miskin

rakyat malaysia masih miskin... mengapa aku berkata begitu...apa tak nya... pakaian singkat sana singkat sini, dedah sana dedah sini, malah kain tudung pun pakai saiz anak-anak punya. tak salah untuk kitasemua berfesyen asalkan fesyen kita mengikut panduan agama kita islam. ni bukan aku nk kata kat non muslim tp untuk muslim. aku pon bukan baik tp aku nk jadi baik dan ingin bertambah baik dengan membantu mengingatkan mereka yang lupa tentang cara berpakaian. berfesyen lah sampai nk tebal mana pun lapisan kain. tp asalkan tidak nmpak susuk tubuh badan dan tak nampak yang dalam tu. ni pakai baju dh elok dh sekali nipisnye kain sampai batang peha betis semua lah nampak. aku yng pompuan pon geli nk tengok apatah lelaki. bagaimana kita nk hapuskan kejadian rogol sedangkan kita sememangnya menayangkan apa yang kita ada untuk tatapan manusia sekeliling malah freeeeeee of cas je bagi kat smua. ini yang aku katakan miskin. miskin dengan pakaian yang menutup aurat dengan betul. apasalahnya dapat duit BR1M beli kain baju yang elok. tudung pun kena pilih yang elok jangan pilih saiz kanak-kanak pulak tau... kesian akak tgk. nk tolong pun akak tak mampu sbb tak kerja kan..apa yang mampu tolong ingatkan je lah.. kalau kain nipis pakailah dua lapis baru lah x nmpak.. pastu xpayahlah nk belah-belah...xcantik mana pun... ingat penampilan kita membantu membawa kita ke syurga.... asalkan tidak buat dosa besar dan bertaubat untuk setiap dosa yang telah kita lakukan insyaAllah impian kita untuk ke syurga ada sinarannya kan... kita blh lakukannya. aku pun juga sentiasa memperbaiki diri jadi jom sama-sama memperbaiki cara berpakaian kita ok.

hanya mengingatkan


''Manusia mudah lupa'', satu ungkapan yang sering terungkap bilamana kita berada didalam kesusahan hidup. Melupai setiap nikmat yang Allah berikan tatkala kita kaya dan gembira dan kembali mengingatiNya tatkala kita mula susah dan buntu mencari jalan keluar. Sememangnya Allah meminta kita mengingati Dia, tp bukan tatkala susah sahaja, tapi juga sewaktu kita senang dan bahagia. Namun, terlalu ramai yang alpa, sehingga lupa pada pencipta yang maha esa. apa yang harus kita semua lakukan agar kita tidak lupa.? jawapannya sungguh mudah sebenarnya dan ISLAM ITU MUDAH memang ungkapan yang tepat buat agama kita yang satu agama yang Allah swt juga cintai.

Aku bukanlah seorang manusia yang sempurna yang hanya pandai mengata dan mencari keburukan orang lain, tetapi aku ingin berkongsi agar setiap insan disekeliling aku menjadi insan yang lebih baik dan tinggalkan setiap perkara buruk yang dah dibuat. Aku juga banyak membuat dosa dan kini aku hanya mengharapkan pengampunan dari Nya dengan setiap taubatku, dan begitu juga buat mereka diluar sana yang mungkin ada terbaca coretan ini. Aku harap adik-adik yang kat luar sana terutama perempuan, sekurang-kurangnya dapat memakai pakaian yang memenuhi syarat islam menutupi aurat. Mungkin adik-adik tidak sedar dosa-dosa adik itu ditanggung juga oleh ayah adik. Mahukah kita melihat ayah kita didalam neraka dibakar dengan api yang panas dimana kita sendiri pun tak mampu untuk menghadapinya. bilamana memakai tudung jangan terlalu singkat sehingga menampakkan bentuk buah gantung yang ada. jangan pula pakai baju ketat-ketat dan singkat bilamana keluar rumah, pakai tudung dah cantik nampak pulak buah gantung dengan lengan. pastu nmpak pulak labu kat bawah yang besar tu.. xmanis langsung malah menggelikan kadang-kadang ada juga yang pakai tudung baju nya baju kurung moden tp kain nye belah samapi ke peha ya Allah takutnya kalau peha yg cantik tu kena bakar dek api neraka(tak terfikirkah kita jika hukuman Allah diberi pd waktu itu juga). sedangkan semua tu untuk suami kita sahaja.
pakai tudung tutup dengan betul, kadang-kadang ada yng pakai tudung nipis tp x pakai scarf kat dalam sampai nmpak rambut tu.. pakaian malambangkan keperibadian.. jadi jagalah diri wahai adik-adik, akak yang ada anak kecik ni pun dah mula berasa bimbang dan takut jika semua perkara yang akak tak nak berlaku berlaku pada anak akak. moga-moga Allah swt teguhkan iman akak dan suami dan memberi kami jalan yang terang untuk kami mendidik anak kami dengan betul. maaf jika akak buatadik-adik tersinggung tp fikir-fikirkan lah.. dosa kita bukan kita sahaja yang tanggung tp ayah kita dan suami kita. jika ayah kita dah tiada ingatlah dia bahawa dia sedang diseksa akibat perbuatan kita. tinggalkan dosa tingkatkan pahala... moga hidup kita akan lebih sejahtera.

Monday, February 25, 2013

anak ini anugerah Allah

hari ni tinggal kami berdua dirumah... si suami ada lawatan kerja 2 hari kat perak... sunyi pulak... sikecil dh tido.. kalau x waktu-waktu macam ni husna mesti ajak mama main n then nk teman mama masak je... harap2 bila dh besar die jadi anak yang rajinkan... InsyaAllah...

pejam celik-pejam celik dh nk masuk suku tahun 2013... puasa pon belum hbs berganti... terlalu bnyak yang perlu aku lakukan untuk diri aku, suami aku, anak aku... dan juga family aku... sekejap je rasanya syeikhatul husna dh masuk 7bulan... rasanya seperti baru je melahirkan die... rasa sakit tu mcm belum hilang lagi dari ingatan aku ni...mmg seronokrupanya menjadi ibu..nikmat yg Allah bg tu x ternilai..malah ia sememangnya amanah yang Allah berikan untuk kita bentuk supaya menjadi insan yang berguna buat agama kita islam... syeikhatul husna bermaksud pemimpin agama wanita yang baik @ ketua agama wanita yang baik... itu impian aku buat anak ini...aku berharap anak ini bakal jd seorng pemimpin yang baik dan mengikut landasan islam yang benar... semoga husna blh membentuk dirinya dan orng disekelilingnya agar sentiasa mentaati Allah... pastinya semua ibu-ibu diluar sana mengharapkan yang sama seperti aku..memberi nama dengan penuh makna.. bukan nk membangga diri tp aku harap pabila anak aku dh besar dan dia terbaca blog ni dia akan faham kenapa dinamakan syeikhatul husna..

syukur Alhamdulillah... husna semakin hari semakin membesar dengan sihat.. sekarang dh pandai merangkak dan duduk... gigi pon dh ada 2 batang w/pun xhbs tumbuh tp tajam sungguh gigi dia... sakit betul kena gigit... anak ini anugerah Allah yang tiada bandingannya.. mama x boleh nak cari ganti kat mana2 kedai... husna istimewa buat mama papa... jadi anak yang baik dan solehah ok... mama papa sentiasa doakan buat anak mama papa ni...

kadang-kadang mama tertanya juga, boleh kah mama jadi ibu yang baik buat anak mama ni..nk jaga amanah Allah untuk dibentuk menjadi insan solehah... bila fikirkan semua tu betapa beratnya tanggungjawab papa husna dan mama untuk membesarkan insan kecil ni.. insyaAllah sayang kami akan berusaha untuk membentuk husna menjadi anak yang baik.. dulu tak pernah terfikir pon... bila dh jd ibu ni semua tu dtg dgn sendirinya... si suami menggalas tanggungjawab yang besar. dosa isteri, dosa anak... ya Allah... permudahkanlah segalanya untuk kami... semoga kami dapat memberikan ilmu sepenuhnya buat anak kami...dan ampunkanlah dosa-dosa kami...

Friday, June 8, 2012

PREGNANCY PROBLEM!!!!

pregnancy problem... dua hari lepas, aku ke klinik seperti biasa untuk check up tambah ada appointment dengan doctor... check darah ok... aku rasa lah...sebab duk tengok every check up macam tu gak... tapi ada lak satu masalah telah muncul tanpa aku sangka... berat badan bertambah dengan mendadaknya... dalam masa 2 minggu berat aku bertambah 2.1kg... mak ai..gemuk tu.... makin bulat aku... ni gara2 aku balik umah mak mertua dan aku melantak dengan sepuas-puasnya... alahai baby..naper baby x stop mama makan...huhuhuhu... confirm2 aku kena ngan nurse dan doctor sat gi...tu la yang duk bermain dalam otak aku ni... dan keduanya...masalah air kencing kotor.... ya Allah... risau nye... tgk result yang lab bagi tu... sah-sah aku kena check skali lg air kencing ni... hmmmm... tension bertambah sedikit lagi... then jumpa ngan doctor lak, masuk jumper doctor dengan muka senyum lebar.. tetiba je doctor ckp nnti die nk refer pakar O&G kat kangar then decide samada kena bersalin 38weeks or bila2 dirasakan perlu...lagi bertambah tekanan aku ni... puncanya.... aku disahkan sebagai ibu yang mengalami masalah GDM (gestational diabetes mellitus) dimana mengalami masalah diabetes sewaktu mengandung... kadar gula tinggi la ni... then tetiba je aku jd confius... macamana aku blh disahkan GDM lak... second MGTT test tu aku rasa ok je kot... below dari paras had limit tu... ishh... naik confius aku... lagi berpusing2 otak aku ni... then ari ni aku berkesempatan datang opis husband aku menggunakan internet, so aku pon cari la semua masalah2 aku tu... bila pikir-pikir balik mungkin sebab aku naik berat badan mendadak kot.. masalah ni pulak bila aku dapat tahu boleh membahayakan baby kat dalam kandungan ni... bukan tu je..masalah kencing kotor pon sama gak bahaya nye... boleh merosakkan ginjal ibu dan bahaya kat baby...

persoalannya... bagaimana nk control makan kalau dah makanan kat depan mata semuanya sedap-sedap... walaupon nasi dengan ikan goreng... arghhh!!!! tensionnya... mak mertua ngan pak mertua bukan main lagi melayan aku makan macam-macam... kalau bab buah-buahan... pak mertua la yang selalu melayan aku ni... buah nangka, buah rambutan, dan macam-macam buah lagi la...mana boleh tolak... sebab tersangat la sedap.... aku ni pon satu hal gak... memang x leh nak control langsung..makan nasi kat umah sendiri tambah sekali je... kat umah mak mertua sampai 3-4 kali.... aiyooooo!!!! mana berat aku x naik mendadak.... gula confirm lah tinggi.. minggu lepas lak kurang makan sayur... adoi....

ya Allah... semoga anak aku dalam keadaan selamat... korang ada advice tak tentang apa yang harus aku makan... huhuhuhuhuhu...dan untuk pengetahuan korang berat daku dh bertambah hampir 12 kg sepanjang mengandung... mcmana nk turun berat pas ni... hahahaha....

Wednesday, April 11, 2012

lagi-lagi tentang baby...

lagi 3 bln baby nk kuar...makin terasa baby ni membesar kat dalam perut...seronok...tp kadang2 rasa pelik...sebab dulu time muda2 aku slalu pikir orang mengandung mesti rasa perut nya pedih2...sbb baby membesar...konsep dlm otak ni mengatakan mcm belon yg ditiup sehingga besar... tp semua kuasa Allah swt mmg tiada tandingan..kadang-kadang ngan perut yang dah kedepan ni xde la pulak terasa mcm mengandung..rasa mcm slim je..hhahhaa... cuma dlm usia baby yang dh masuk 6 bln ni, aku xleh nk mkn bnyk2 je...makan makin sikit2.. kalau x...xdapat nk tido...xdapat nk bernafas rasanye...

ujung minggu lepas blk terengganu... mmg seronok... dh lama xmakan masakan ibu sendiri..rasa puas hati dapat makan lauk2 yang mak kita masak...memang nikmat...dan sempat mak aku bawak aku p jmpe bidan kampung... nk puas kan hati yang rasa ragu2... alhamdulillah..baby dlm kedudukan yang elok... mak aku pon tersenyum gembira... apa yang pnting aku kena la sntiasa berjaga-jaga... jaga kesihatan aku n baby sudah pasti dan hati-hati bila wat keja...

kelengkapan baby blm sedia apa2 lg... tp dh mula semak apa yang harus dibeli dan apa yng harus tidak dibeli... tambahan lak aku pon xkeja lg... rasanya kemudahan alat2 canggih utk menyusu tu kurang perlu lg melainkan ada bnda2 yang x dpt nk dielakkan.. katil baby pon xsure la nk beli ke x..lgpon baby tu kecik maybe katil blh dibeli bila baby dh kuar n besar skit nnti... tilam baby lom cari... aku pk nk wat sendiri;... beli je kekabu pastu jahit sarung ngn cadar tilam skali... boleh wat agak tebal skit...xla nipis sgt... hmmm..tp tgk lah..kalo aku mampu nk nk wat sndiri aku wat kalo x cari bahan mntak nenek aku wat... xpon cari je la kat kedai jwbnye...hehhehee...

kadang-kadang aku rasa mcm awalnye nk beli semua tu...tp kadang-kadang rasa mcm masa dh makin suntuk... aku sndiri pon xtahu yg mana satu yg tepat... at least dlm otak ni aku sntiasa fikirkan keperluan baby yg nk dibeli nnti dh... maybe ramai yang baca blog ni rasa meluat..ntah apa2 ira ni..dlm blog pon nk citer...hahahaa..tp ni la kehidupan aku sekarang..kalau x.. nk citer kehidupan yg agak sama sepanjang hari lg korang bosan kan....

Tuesday, March 6, 2012

baby..baby...oh...baby...

assalamualaikum...

hampir 5bulan sudah... baby semakin hari semakin rancak bermain-main didalam perut ni... heehehehe.. mungkin seronok meregang-regangkan badan nya yang sangat kecil atau perut ku ni masih luas untuk si kecil ni terokai... didalam hati ni hanya Allah swt yang tahu... gembira, risau,excited semua ada... gembira sebab baby makin membesar dan hari itu makin singkat dan bakal tiba, risau dengan pelbagai dugaan yang bakal aku diuji nnti... adakah aku mampu mendidik anak aku menjadi seorang pejuang agama Allah, mampukah aku mendidik dia supaya taat pada suruhanNya... hanya Allah sahaja yang tahu... excited sebab baby akan gerak-gerak dalam perut ni... buat perut aku timbul-timbul...hahahaa... kadang-kadang rasa macam ada bubble besar je dalam perut ni... kelakar kan... persediaan aku cuma kegiatan harian dan amalan... semoga Allah swt terima setiap amalan aku, dan aku sangat-sangat berdoa semoga bayi dalam kandungan aku selamat malah sentiasa mendengar nasihatku, bacaan Al-quran ku dan amatlah mendoakan semoga bayiku ini bakal menjadi anak yang baik, yang cerdik molek, cantik sepertimana diperkatakan didalam surah yusuf dan luqman... debaran makin terasa... bila dengar orang-orang tua bagi petua kadang-kadang buat aku rasa takut.. makan nak kena makan didalam pinggan yang cantik-cantik, pilih buah pun yang cantik dengan harapan anak akan jd cantik... percaya sudah tentu tidak... pada aku hanya Allah yang kita boleh berserah.. jika dia berikan kita yang terbaik maka yang terbaik akan kita dapat jika dah ditakdirkan yang kurang baik maka kurang baik juga yang kita dapat... xboleh kita salahkan apa yang kita buatkan...semua tu rezeki yang Allah ganjarkan pada kita manusia.. apa yang penting setiap hari aku mendoakan yang terbaik untuk anak aku sejak ia diciptakan didalam rahim aku sehingga lah ia bakal menjadi hamba Allah swt..

bila difikirkan...
kita sebagai ibu amat inginkan anak-anak kita yang terbaik... segalanya... bukan sahaja dari segi rupa tapi rohani juga... agar anak kita cintakan Allah SWT... agar mereka bakal mendoakan yang terbaik buat kedua ibu bapa nya... begitu juga kita kan... jadi aku perlu jadi lebih baik agar anak-anak dapat jadi terlebih baik dan mendoakan aku yang terbaik malah aku juga sentiasa mendoakan yang terbaik buat ibu bapa aku... xkiralah mak betul ke ataupun mak mentua...

buat baby mama...
mama doakan semoga anak mama sihat sentiasa didalam kandungan mama, sihat setelah dilahirkan sihat membesar dan menjadi insan yang berguna buat agama bangsa dan negara.... semoga Allah SWT memberikan segala kebaikan kesihatan dan keindahan terhadap jasmani dan rohani kamu anakku... tak sabar kami menunggu kehadiran mu....

Sunday, February 5, 2012

pencak silat serta ragamnya.....

aktiviti pencak silat kat UKM dh hbs dh hari ni... selama seminggu aku mengikuti perjuangan dieorg ni...smpai aku pon naik semangat gak... ye la kan...lama2 x bersilat nk jugak main skali lagi...tp seb baik baby kat dlm perut ni... kalau x...confirm...dh lama aku join...hahahha... pelbagai ragam ada kat sepanjang game tu... siap ada yang menyanyi, berjoget, menari, melompat ish... semua la ada... n suddenly aku pon terfikir... depa semua ni pakai tudung... yang mana pakai tudung la kan... x ingat ker aurat kalau dh berjoget melompat2 dgn bdk2 laki kat game tu... mmg la bg semangat kat pemain... tp mcm dh terlebih2 pulak.... aku pon x perfect sgt... tp xde la smpai nk menari2 menyanyi2...ngeeeeee.... sorak bg semnagat dh...utk game pastu dh la kan... ni kalau dh smpai terkinja2 tu mcmana pulak??? keinsafan tetiba hadir je dlm diri ni sbb tu tgn ni terus je menaip ayat2 yang mungkin pedas bg sesetengah org or yg bakal baca blog aku ni... mungkin ini lah salah satu tanda dunia ni nk kiamat...dan salah satu cara syaitan menghasut manusia secara perlahan untuk lupa pada Allah swt.... jadi mari lah kiter semua bersama-sama mengingati yang esa disamping bersukan dgn cara yang sihat.... ok!!!!!!!

Saturday, January 28, 2012

Hargai setiap detik....

Dh lama aku Tak menaip kat blog yg Tak famous nie... Tp apa2 pun Ada perkara yg perlu aku kongsikan juga kat semua orang...

Dh 3bln lebih aku mengandung Dan baru2 ni... Aku bgn pagi solaT isyak Dan baca Al-Quran.. Bkn nk ckp aku ni bgs.. Tp sewaktu aku baca al-Quran tu terasa lak sakit2 kat peyut ni... Maybe baby kat dlm pert menggeliat kot... Seronok dgr bacaan surah Yusuf... Tetiba je hati ni jd sayu... Malah Kesakitan tu buat aku terasa seperti Hayat aku mcm kejap jer... Seperti Hayat ni dh xlama kat dunia nie... Apa yg terdetik dihati Dan difikiran aku... Cuma... Aku nk baby selamat... Selamat aku lahirkan.. Apa2 nk jd selpas 2 aku berserah pd Allah swt je... Malah terdetik kat hati ni... Betapa Susahnya mama aku kandungkan aku...lahirkan aku.. Mungkin lebih berat Dari apa yang aku tanggung...rasa beribu Sesalan kat hati ni... Mcm lagi la pulak kan...

Sesalan dimana aku pernah buat mama menangis kerana kesalahan besar yang aku buat.... Hanya Allah je yang tahu Perasaan aku waktu tu... Tetiba bercucuran air mata dipipi mengingatkan hidup mungkin x lama kat dunia nie... Memikirkan adakah aku sempat memohon ampun pada mama papa Dan Allah swt... Adakah setiap kesalahan aku bakal dimaafkan... Ajal maut ditangan Allah... Dimana kita apa jua kita buat... Jika Allah swt dh tetapkan Hayat aku hanya selama itu.... Pelbagai bentuk Allah jadi an cara kematian kita....

Teringat kat junior yg sedang berada kat ICU kat putrajaya... Hanya Allah saja yg tahu mcmana keadaan diri die yg sebenar....doctor hanya berusaha... Tp apa2 pun doa semua orang amat diperlukan agar die dapat meneruskan hidup die....apa jua yg kita Usahakan harus kembali kepada Allah yang satu...

Tidak diberi ujian oleh Allah jika kita tidak mampu menghadapinya... Malah dengan ujian yang diberikan menunjukkan Allah swt amat sayang pada kita Dan meminta kita kembali padaNya...

Oleo itu buat semua... Hargailah setiap detik yang kita Ada untuk setiap orang yang kita sayang.... Bukan untuk mereka je tp untuk diri kita Serta untuk kita ingat dan sentiasa sedar bahawa Allah itu Maha Besar, Maha Agung, Maha Pencipta, Malah Maha Mengetahui segalanya...Dan aku...Akan hargai setiap detik aku dengan menyayangi kedua ibu bapa aku, mertua aku, suami aku Serta bayi yang aku sedang kandungkan ni... Hargai setiap detik agar bayi yang aku kandungkan ni tahu aku amat sayangkan die...malah aku mahu anak ini menjadi anak yang hebat, kental, tabah,sabar menghadapi setiap dugaan, menjadi anak yang pin tar Dan bakal dihormati suatu hari nnti dengan sifat2 yang baik Serta soleh/solehah didunia jua akhirat...

Ingat lah manusia kerana kita hanya lah pinjaman didunia yang hanya sementara...

Monday, October 10, 2011

kehidupan ku setelah bergelar isteri....

hari pertama bergelar isteri


wow!!! sangat-sangat teruja... seperti mana wanita lain diluar sana pastinya hari pertama bergelar isteri amatlah mengembirakan... begitu juga aku tambah pula aku jahit manik sendiri kat baju nikah aku tu hehehe...tapi.... saat-saat majlis akad nikah aku yang hanya mendengar pun berdebar-debar...malah tatkala waktu detik itu, aku terfikir betul ke keputusan aku nak kahwin...betul ke aku nak jadi isteri orang...hahahhaha...macam-macam persoalan...malah macam-macam perkara pelik-pelik aku fikirkan... time tu la aku fikir aku risau ngan mak mertua dan pak mertua...time tu la aku fikir masakan aku x sedap walaupun sebelum ni aku masak semua melantak je... ishhhh....memang kelakar la.... tambahan pula saudara mara yang sangat ramai di ketika majlis akad nikah yang diadakan dirumah aku sangat la meriah... mereka terlebih excited dari kami berdua sebagai pengantin... hmmmm.... 


 detik-detik majlis akad nikah



setelah seminggu menjadi isteri



nak jadi isteri yang solehah pastinya harus taat pada perintah suami...dengar cakap suami tapi hanya perkara-perkara yang Allah swt suruh...yang ditegah jangan dibuat... syok dapat solat bersama suami... makan bersama suami...mengadu pada suami... hahahaha... tp kehidupan seminggu kami sangat penat...kerana majlis kenduri yang sangat la meriah tambahan pula dengan kerja-kerja mengemas rumah dan melawat saudara-mara terutama yang tua untuk aku perkenalkan suami aku ni...heehhehe... penat...dari pagi keluar balik sampai malam...pastu asyik kena makan dan minum...huhuhuhu..sampai kembung perut ni ha... sampai mengantuk.... tp suami ku kena balik awal sebab nk prepare segala benda kat kedah pula.... uwaaaaaa!!! berpisah sekejap dengan suami... sejak tu aku wat perangai skit... asyik nk menangis je...apa x nye rasa sedih sebab bakal tinggalkan umah aku, mama papa adik2 yang aku sayang... rasa tetiba sangat pilu...sampaikan aku kemas semua barang macam orang nk lari dari rumah...tp benda aku x fikirkan ialah untuk barang2 yang perlu dibawa untuk mak mertua...hmmmm....masa tu aku rasa takut, risau, sedih, happy, semua benda la kan... hukhukhuk....

















wajah-wajah ceria kami bersama-sama... sayang kamu semua...

P/S: kepada semua pembaca kisah ini...kisah ini akan disambung dalam episod lain...hahahaha...bye....nk wat kerja skit...hehehehe


kepenatan

semalam berusaha melatih student uitm arau untuk jurus wajib (P).... sampai aku pon sakit2 badan...hahahaha...Al maklum jelah dah terlalu lama meninggalkan arena sukan... bila wat betul2 terus sakit sana sini... suami aku yang selalu turun training ajar budak2 IKBN pun sama...hahaha..mungkin kami x fit seperti dulu tapi semangat kami berkobar-kobar untuk meneruskan usaha murni untuk adik2 uitm berjaya dalam pertandingan mereka...xdpt no 1 dapat no 2, 3 pon jadi la dik asalkan tak tercorot...hehhehe... semoga korang dapat buat yang terbaik...usaha tangga kejayaan...siapa yang usaha lebih pasti dapat habuan yang baik...

Saturday, October 8, 2011

pencarian kerjaya!!!

salam....

pencarian kerjaya aku berterusan hingga kini... dh jd bini org tp masih lom dpt kerja lg...mungkin rezeki aku yang aku cari x berada di negeri perlis ni... mungkin aku harus cari nun jauh dr kawasan yg dekat dgn suami aku nie... hmmm...ni la ujian kan... Allah xkan berikan ujian jika Dia tidak sayangkan kita... dan tidak jua Dia berikan ujian yang tak mampu kita tangani... Alhamdulillah...setakat ini aku dan suami masih mampu tangani dan sabar dengan dugaan yang diberi walaupun kadang2 aku selalu memberontak dan merajuk dgn suami sendiri kerana pelbagai benda..mungkin ini lumrah hidup... tak kan ada pasangan suami isteri yang hidupnya sentiasa bahagia tanpa cabaran dan sedikit perselisihan faham walaupun kita mengenali pasangan kita sebanyak tahun yang mungkin untuk kita terima dia sebagai suami... 

setakat nie aku dh isi UITM p.pinang, MARA, job malaysia mmg xpayah ckp la kan... lg apa dh aku isi...hmmm...ooooo..unimap... ada lg..tp aku sndiri pon dh lupa..hahahaha... nk keja gomen tp aku didalam senarai menunggu(simpanan setahun) lak... hmmmm... dh nk hbs setahun dh nie... ahhahahaa... ntah btl ke tidak nie... 

TETAPI....
didalam masa yang sama... dalam aku duk boring2 kat umah bermain ngn puteh dan maya kucing2 kesayangan aku... aku masuk kelas fotografi... yang diadakan kat dlm IKBN nie...jd mudah la aku nk p kelas tu jln kaki pon blh naik beskal pon blh... lgpun aku ngn suami tgh belajar utk mencari wang sampingan dgn camera yg ada ni...semoga Allah permudahkan urusan kami dan semoga impian kami menjadi kenyataan...
ishhhh mcm2 lak kat dlm kepala otak aku ni nk buat duit...tp blm mula2 lg...hahahaa..nk kena cari peralatan dan bahan2 untuk projek2 dlm otak aku nie...nnti dh ada jgn lupa beli lak ye...

si suami pon tgh berusaha untuk memantapkan kewangan kami....dgn arnab, fotografi dan silat InsyaAllah... tp semua rezeki Allah yang bagi kan... jika ia milik kita pasti kita akan kecapinya...tetapi jgn lah sampai lupa pada yg SATU(ALLAH SWT).... rezeki ada dimana2...kita hanya perlu berusaha dan aku akan terus berusaha mencari kerja... 

Wednesday, June 15, 2011

DEBARAN

hari semakin hampir...debaran semakin terasa... tp umah masih x siap lg... semuanye tinggal finishing ngan electrical work.. aish..sempat ke umah ni siap nk kenduri ni... sebut pasal kenduri pon satu hal...sgt la bnyk lg bnda yg x setel..td baru je p tempah baju... hati ngan otak ni pulak asyik duk pk...btl ke aku nk kawen... tepat ke pilihan aku ni... hai... betul ke perasaan aku ni... kadang2 rasa ragu2 dgn diri sendiri... tp adakah semua org yg nk kawen mcm tu... hmmmm... kalau tidak jawab nye aku la yg problem... ye la kan...perkara kawen ni bnda besau... nmpk mcm mudah tp bnda ni akan ubah setiap perkara yg ada pada diri kita ni... kehidupan single x sama dan malah nmpk lebih mudah..sebb semua bnda blh ambil ringan jek... ni dh kawen...uwaaaaa.... mcm pelik je rupa aku rasanye biler ckp nk kawen... mcm wajah ni bertukar...hahahaha....kelakar je bunyi nye..tetiba aku bakal join group mak-mak...hahaha...tp team mak-mak ni mmg best.... betul x kaknurul...kakfarihah rindu kamu semua la... doakan yg terbaik untuk ira ye...keja pon lom dpt lg... maybe lom rezeki ira lg...kiter semua doa2 kan ek..heehhee

Wednesday, April 20, 2011

singapore Vs Malaysia...

assalamualaikum... 

kenapa dengan Singapore dan kenapa pula dengan Malaysia???? hahahaha...msti korng tertanya-tanya kan... sbnrnya dh lama dh ira nk citer kat korng semua ttg entry nie... tp masa asyik pendek je nk menaip kat blog..biler nk taip asyik terlupa..jd skang nie bila ira ingat ira nk citer la kat korng semua...

singapura yang mana dulu kalanya merupakan salah satu bahagian dari tanah melayu akhirnya terpisah... kenapa yang tu korng baca lah buku sejarah..sbb ira pon kurang ingat sangat dh sejarahnye...2hari 1 malam berada di singapura mmbuatkan ira terpegun sejenak.. kagum... tp naper la ira nk kagum sgt ngn negara org sedangkan negara sendiri ada... betul x??? mula2 naik flight mmg rasa seronok ni...tak terkata sbb adik nk banja ajak jenjalan p singapura... hahahaa... rasa best giler la... excited sgt... rasa mcm nk amek gmbar kat smua tmpat..tp apa la nasib badan..adik aku yg ajak aku tu x layan sgt kakak die nk amek gmbar..xde org nk amek gmbar ira...huhuhuhu..menyedihkan....

kekaguman ira ni sebenarnya tertumpu kepada pembangunan negara singapura yg sungguh kecil dan padat tetapi sangat bersih.... dan cantik... malah ira rasa dan boleh nyatakan bahawa singapura adalah salah sebuah negara yang sustain... mapan... sungguh mapan...malah pada waktu malam shopping complex pon x tutup..kat area pedestrian walk tu macam2 acara depa buat... ada fashion show la...org nyanyi2 la...alahai smpai ke pagi bndar singapura kat orchad road tu meriah... malah bangunan2 nya sungguh mengkagum kan... nk tgk... yg nie mmg ira sendiri pon terpegun melihatnya...
menarik x??? bagunan yang mana kat atasnye berbentuk kapal... kata adik aku...kat situ ada umah, shopping complex, tempat melancong...hai macam2 lah...so ni kira salah satu bngunan yg mmg menarik hati aku...



hanya sempat amek gmbar ni jek...huhuhuhu... tp tempatnya sangat menarik dan bersih... tp ira tetap suka malaysia..sbb makannya kat sini lebih sedap.... ehehehhe... jd cuba korang fikir2 kan...apakah perbezaan ketara malaysia dan singapore...sedangkan negara nya sgt kecik sehingga kad train pon blh refund balik..malah x de satu kat train pon yg bersepah kat lantai..kalo kat malaysia...huhuhuhu..semestinya bnyak la kad2 komuter kat lantai apabila smpai kat destinasi btl x???? heheheh... jd fikir2 kan...kiter punya bnyak sumber tp kenapa singapore blh maju .... mmmm... NAPER YER!!!!!

Monday, April 18, 2011

kerisauan

dah lama rasanya aku x buat sesi luahan hati kat blog nie... alahai..kalo la internet ada kat umah agaknye sesi luahan hati ni tiap minit ngn tiap2 ari pun ada...hahaha... tp apa yg merunsingkan aku sekarang...umah yg masih blm siap...sepatutnya sekarang dh berbumbung tp...baru rangkanye aja yg ada... huhuhu...sedih btl... kerisauan ini bertambah-tambah lg dgn persiapan aku yg entah kemana nie...p kiri pon salah p kanan pon salah.... sentuh sana sikit sentuh sini sikit...naik pening aku ari ni... kadang2 aku nk je bgtau kat pakcik2 tukang tu buat cpt2...huhuhuhu... kasik tambah org...dgn bilngn worker yg hnya 5 org setiap hari mcmana nk siap...atleast biar la ada yg buat kat dpn gak..nie smua kat blakang kat dpn mmg tertangguh terus...harap masa kenduri nnti semua nye siap dan kelihatan cntik dan kemas... susah gak biler pk hal2 kawen nie...wpon dlm islam menyatakan kawen tu mudah dan x menyusahkan tp bnda2 yg bab kenduri ni agak susah n remeh skit..terutama bila nk wat kenduri besar2 nie... memerlukan tenaga kerja yg amat ramai..bahan2 yang sgt bnyk..mngkin ada org ckp naper x guna catering je..tp bile memikirkan family kami yg sangatlah besar dengan sedara mara yg sangat ramai...aku rasa sependapat ngn mama n papa aku... xsesuai... kawan2 pon dh ramai...tp kwn bapak ngn mak aku...cuma aku harap kwn2 aku smua dpt dtg kat umah aku... huhuhuhu.... biler lg nk mai besut kan...dtg tau.... kerisauan ni makin berpanjangan la jwbnye sehingga majlis tu berlangsung... bnyk lg bnda2 yg aku nk uruskan...harap semua berjalan lancar...doakan ye kawan2...

Monday, April 4, 2011

tanam anggur!!!

salam satu malaysia semua...
korang minat x makan anggur?? aku sgt suka mkn anggur...hehehe...tp anggur yg aku nk sebut ni lain la...sbb yg ni anggur yg ditanam x nmpk pokok dan x nampak buah ngn hasil nyer....hahahaha..pelik bin ajaib kan...alaaaa... korang dh tau kan... apa lagi jd penganggur kehormat kat umah... makan tido makan tido... tp kat umah tu xde la aku duk je...buat la keja kan...melatih diri menjadi suri rumah tangga...hahahaa... skang nie keja aku jd supervisor bapak aku kat umah..tgk tukang wat keja..arrange material n etc.. tu kira a lil bit part of engineer work gak la...tp aku kat umah blajar cara tukang kmpng wat umah..bkn senang gak...hahahaa..nk tau naper??? leceh...mereka ni bnyk songeh...mungkin tu sbb la contractor suka amek org indonesia ngn bangla utk jd pekerja mereka... kadang2 5 org je..kadang2 3 org je yg dtg keja...hbs tu bila nk siap... aku pon geram tp seb baik aku x boleh marah pakcik tu..kalo x mesti pakcik2 tu terus x dtg...hahahaa...

tp at same time aku duk uruskan mcm2 bnda utk mjlis bsr nnti...skang nie duk menjahit manik utk baju aku...heehehehe...aku sndiri pon xsure cntik ke x....ehehehehe...

anyway buat adik2 yg nk tgk gmbr umah tu maaf la yek... nnti dh dpt gmbr2 aku postkan ok....

Thursday, March 3, 2011

tengok2...jenguk2...

salam semua...


mesti semua orang rindu kat aku kan..dah lama aku tak menulis dan berceloteh kat blog ni... sekarang ni sangat sibuk dalam menguruskan hal-hal kat rumah. rumah lama ditambah dengan rumah baru...nak dapat menantu punya pasal bapak aku besarkan lagi rumah yang sedia ada... tp besarkan rumah ni bukan kerana nak dapat menantu, tp sebab family yang mana anak2nya semakin membesar...smpai bilik pon dah tak muat nak muatkan 9 orang anak... so ni request dr adik2 yang duk jauh nak tgk progress umah...ni amek gmbar pagi td...tgk la ye smpai puas..nnti dh siap aku update lagi ek...









two is better than one

adsense